SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (SPKPA) BILANGAN 1 TAHUN 2021 PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN_ SUBMODUL myPortfolio DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)
Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) ini bertujuan untuk memberi panduan kepada agensi Kerajaan berhubung pelaksanaanModul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) berdasarkan Pekeliling ... Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 – Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 12 Tahun 2005 (PP Bil. 12 Tahun 2005) dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 - myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam (PKPA Bil. 4 Tahun 2018). Pelaksanaannya adalah bertepatan dengan hasrat untuk menambah baik pengurusan sumber manusia di sektor awam melalui pelaksanaan proses kerja secara dalam talian dan hujung-ke-hujung. Rekod setiap penjawat awam yang berkaitan dengan tugas dan proses kerja boleh diakses dan dikemas kini pada setiap masa dengan lebih cepat dan mudah.
Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 27-08-2021
Kategori : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan mengenai panduan untuk memperkasakan agensi masing-masing berteraskan enam prinsip di bawah gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Panduan ini menerangkan pembudayaan enam prinsip ... MPA, iaitu keterbukaan, musyawarah, turun padang, insaniah, kekitaan serta kerjasama antara awam, swasta dan badan bukan kerajaan. MPA ini menyediakan satu kerangka menyeluruh dan seimbang yang mengambil kira aspek institusi dan individu.
Panduan Pelaksanaan Program Turun Padang Sektor Awam
Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) ini bertujuan menyediakan panduan kepada agensi kerajaan bagi memastikan kesiapsiagaan agensi terjamin dalam menyampaikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi rakyat melalui pelaksanaan Program Turun Padang ... bagi menyokong gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam. SPKPA ini menerangkan mengenai tatacara dan panduan Program Turun Padang bagi membantu agensi kerajaan melaksanakan aktiviti turun padang secara strategik dan sistematik mengikut kesesuaian dan keupayaan masing-masing. Melalui SPKPA ini, agensi kerajaan diharapkan dapat merangka Program Turun Padang masing-masing ke arah transformasi perkhidmatan awam sebagai sebuah institusi yang kukuh dan berupaya menyelami denyut nadi rakyat. Ini adalah penting bagi memastikan agensi dapat menyampaikan perkhidmatan yang mampu mengatasi jangkaan dan ekspektasi rakyat, sekaligus melonjakkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam negara ke tahap yang lebih gemilang.
Dokumen Bil 1 Tahun 2015 berkuatkuasa 14-05-2015
Kategori : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan (Tambahan SPA Bil.11 Tahun 1981)
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik oleh agensi-agensi Kerajaan. Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 telah menjelaskan kepentingan dan cara penggunaan ... Sistem Perakam Waktu. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Sistem Perakam Waktu Elektronik menawarkan alternatif yang lebih baik bagi merakam kehadiran dan pergerakan pegawai dan kakitangan di pejabat. Sehubungan itu, agensi Kerajaan adalah dibenarkan mengguna Sistem Perakam Waktu Elektronik bagi maksud tersebut. Agensi-agensi Kerajaan yang ingin menggunakan Sistem Perakam Waktu Elektronik hendaklah memastikan bahawa Sistem Perakam Waktu Elektronik yang dipilih mempunyai ciri-ciri seperti yang dihuraikan di Lampiran kepada surat Pekeliling ini. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 bertarikh 25 November 1981. Dengan itu, agensi-agensi Kerajaan boleh memilih untuk menggunakan Sistem Perakam Waktu Elektronik atau terus menggunakan sistem perakam waktu seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.
Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah
Pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah. Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme yang bersepadu bagi menangani masalah-masalah ... penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah. Di antara ciri-ciri utama SPPU ini adalah: (a) Mengenal pasti sebuah jawatankuasa yang sesuai sama ada dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa baru ataupun menggunakan jawatankuasa yang sedia ada untuk memantau penguatkuasaan undang-undang; (b) Mesyuarat jawatankuasa berkenaan hendaklah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan keahliannya terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan di peringkat daerah; dan (c) Bermesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali untuk agensi-agensi penguatkuasaan melaporkan kepada Pegawai Daerah mengenai pelanggaran undang-undang di daerah berkenaan untuk diselaraskan usaha yang memerlukan tindakan bersepadu. Seterusnya Pegawai Daerah akan melaporkan ke peringkat jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah. Adalah diharapkan bahawa menerusi pelaksanaan SPPU ini, maklumat mengenai pelanggaran undang-undang yang terkumpul dapat menjadi input kepada Pegawai Daerah dalam perancangan untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lebih seimbang. Di samping itu, maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk perancangan dalam mengambil langkah-langkah pro aktif untuk menangani masalah pelanggaran undang-undang.
Peraturan Penggunaan Mesin Faksimili Di Pejabat-Pejabat Kerajaan
Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa menghantar dan menerima dokumen melalui mesin faksimili. Dengan adanya peraturan ini diharap semua peraturan mengenai keselamatan dokumen ... seperti mana yang dikandungkan dalam Arahan Keselamatan dipatuhi dan keseragaman dalam penghantaran dan penerimaan dokumen-dokumen rasmi Kerajaan melalui mesin faksimili dapat dicapai.
Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
Pekeliling ini mengandungi garis panduan mengenai pelaksanaan dasar Persyarikatan Malaysia di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan. Konsep Persyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnya ... kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan sektor swasta yang membawa perkembangan dan peningkatan keuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negara melalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh Kerajaan. Adalah amat perlu bagi perkhidmatan awam mempastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan.
Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
Pekeliling ini mengandungi panduan untuk kegunaan Ketua-ketua Jabatan tentang pelaksanaan usaha-usaha peningkatan produktiviti di jabatan/pejabat masing-masing. Semua jabatan/pejabat Kerajaan hendaklah sentiasa mempertingkatkan produktiviti di semua peringkat. Ini adalah kerana dengan ... mewujudkan jabatan/pejabat yang produktif, perkhidmatan awam akan dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatannya kepada orang ramai. Selain itu melalui peningkatan produktiviti, jabatan/pejabat juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber serta menjimatkan kos operasi. Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam ini menerangkan tiga aspek utama dalam pengurusan produktiviti. Aspek-aspek ini ialah: (a) Konsep produktiviti; (b) Cara-cara meningkatkan produktiviti; dan (c) Pengukuran produktiviti. Adalah diharapkan bahawa dengan menggunakan panduan ini jabatan/pejabat Kerajaan akan dapat merancang dan melaksanakan usaha-usaha yang berkesan bagi meningkatkan produktiviti masing-masing dan perkhidmatan awam pada keseluruhannya.
Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan
Pekeliling ini memaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang ... dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka. Keputusan ini perlu dilaksanakan di semua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutua. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan selama peringkat Kerajaan di negara ini.