Sistem Respositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (RDPKPA) dibangunkan sejak tahun 2017 bagi menyediakan satu platform dalam talian yang mengumpul semua dokumen dasar Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia. Sistem RDPKPA telah dibuka untuk capaian pengguna mulai 1 Januari 2021. Setelah penstrukturan semula pada 12 Disember 2023 yang telah mewujudkan Jabatan Digital Negara, Sistem RDPKPA ini dijenamakan kepada Sistem Repositori Dasar Jabatan Digital Negara (RDJDN).
Perkhidmatan dalam talian ini dihasratkan untuk digunakan sebagai tempat rujukan oleh pegawai awam sama ada di peringkat persekutuan, negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membuat rujukan berkenaan Dokumen Dasar yang dikeluarkan oleh JDN.
Perkhidmatan Sistem RDJDN boleh dicapai melalui pautan https://dasar.jdn.gov.my/.
Bagi carian secara umum, perkara utama yang diperlukan adalah mempunyai kata kunci (keyword) bagi Dokumen Dasar yang diperlukan. Sebagai contoh, sekiranya ingin mengakses Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2025 Garis Panduan Permohonan Ganjaran Dan Pembiayaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT), kata kunci yang perlu dimasukkan adalah “KWAICT”.
Carian secara terperinci juga boleh dilakukan dengan memilih di antara lima (5) kategori carian yang disenaraikan iaitu:
i. Tahun;
ii. Sektor;
iii. Bidang Dokumen;
iv. Kategori; atau
v. Status Dokumen.
Pengguna di kalangan pegawai awam mahupun orang awam tidak perlu log untuk memasuki portal Sistem RDPKPA sekiranya hanya mahu mengakses Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara (JDN).
Walau bagaimanapun, pengguna di kalangan warga JDN boleh memilih menu log masuk Portal Sistem RDPKPA sekiranya mahu mendapat akses penuh semua Dokumen Dasar dan lain-lain dokumen yang dimuat naik dalam sistem RDPKPA ini. Buat masa ini, pendaftaran log masuk bagi tujuan ini dikhususkan untuk warga JDN sahaja.
Ya. Terdapat Manual Pengguna disediakan dan boleh diakses melalui pautan https://dasar.jdn.gov.my/
Selain daripada melakukan carian, pengguna juga boleh memuat turun Dokumen Dasar untuk rujukan pengguna selanjutnya. Walau bagaimanapun, bagi dokumen yang diklasifikasikan sebagai terhad, hanya pengguna yang mempunyai log masuk sahaja dibenarkan untuk mengakses dan memuat turun dokumen tersebut.