MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam
PKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA) dalam agensi. ... PKPA mengenai EA yang dibangunkan selaras dengan Pelan Induk MyGovEA ini menyediakan panduan dan metodologi kepada agensi dalam mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.
Dokumen Bil 1 Tahun 2020 berkuatkuasa 04-03-2020
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (SME ICT)
PEkeliling ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (SME ICT)
Dokumen Bil 1 Tahun 2019 berkuatkuasa 24-04-2019
Kategori : Pekeliling Perkhidmatan
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Perkhidmatan
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatan Kerajaan mengenai panduan yang sistematik dan menyeluruh tentang aspek pengurusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui Pengurusan Projek ICT Sektor Awam ... (PPrISA). Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan komprehensif untuk menguruskan projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) di agensi-agensi Sektor Awam. Panduan PPrISA mengandungi tatacara untuk melaksanakan projek-projek ICT dari Fasa Permulaan, ke Fasa Perancangan, seterusnya ke Fasa Pelaksanaan dan Kawalan dan akhir sekali ke Fasa Penamatan. Setiap fasa mengandungi templat-templat yang boleh digunakan sebagai dokumen rasmi dalam menguruskan projek-projek ICT.
Dokumen Bil 3 Tahun 2018 berkuatkuasa 01-03-2018
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)
Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. ... Pelaksanaan analitis data raya merupakan satu inisiatif yang boleh membantu kerajaan dalam membuat keputusan berdasarkan ketersediaan data yang komprehensif daripada dalam dan luar agensi. Pelaksanaan analitis data raya akan menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kerajaan sekali gus memenuhi keperluan kritikal agenda transformasi negara ke arah kerajaan digital. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif dan mengutamakan kepantasan bertindak bagi memenuhi kehendak rakyat.
Dokumen Bil 1 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam
Surat Arahan ini bertujuan memaklumkan semua agensi sektor awam hendaklah mengambil tindakan menggunakan sistem PROFIT di agensi masing-masing bagi mengemukakan permohonan projek ICT untuk kelulusan teknikal serta memantau dan melapor ... status kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT yang telah diluluskan. Sebarang ketidakpatuhan kepada penggunaan sistem PROFIT ini akan memberi kesan terhadap permohonan kelulusan teknikal projek ICT agensi berkenaan. Bagi melancarkan pelaksanaan sistem PROFIT, peranan dan tanggungjawab agensi yang telah ditetapkan adalah seperti dinyatakan dalam Lampiran. Agensi Kerajaan boleh memuat turun Manual Pengguna PROFIT melalui (a) Portal MAMPU di http://www.mampu.gov.my atau (b) Sistem PROFIT di http://profitv2.mampu.gov.my.
Dokumen Bil 1 Tahun 2016 berkuatkuasa 19-02-2016
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Projek ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalam pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam bagi menggalakkan perkongsian data, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus serta ... menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Pekeliling ini telah dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik data terbuka yang dilaksanakan oleh negara-negara luar dan dinilai oleh badan antarabangsa melalui penilaian barometer oleh World Wide Web Foundation serta maklum balas yang diterima daripada agensi sektor awam.
Pelaksanaan dan Penggunaan Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) Sektor Awam - Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0)
Sistem DDMS 2.0 adalah perisian sistem pengurusan rekod kerjaan secara elektronik yang menyokong Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) EPP6.
Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam
Surat Arahan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pematuhan dan pelaksanaan 20 Amalan Terbaik Dalam Penggunaan Jaringan Media Sosial Di Sektor Awam kepada pegawai bertanggungjawab mengendalikan laman web media sosial agensi, ... pengguna di agensi dan pentadbir rangkaian sektor awam.
Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai amalan penggunaan peralatan ICT ke arah ICT Hijau bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara dalam Perkhidmatan Awam. Terdapat tiga peringkat utama yang perlu ... di ambil kira dalam amalan ICT Hijau iaitu: (a) Peringkat Perolehan; (b) Peringkat Penggunaan Peralatan ICT; dan (c) Peringkat Pelupusan.
Pelaksanaan Nombor MyKad Sebagai MyID di Agensi Sektor Awam
Surat Arahan ini memaklumkan, Mesyuarat Pasukan Petugas Antara Agensi Bagi Pembangunan Kandungan (ICON) Bil.1/2010 pada 22 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh YBhg, Ketua Setiausaha Negara memutuskan supaya 630 perkhidmatan yang ... dikenal pasti BELUM melaksanakan penggunaan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal iaitu MyID di pelbagai agensi Kerajaan, melaksanakannya selewat-lewatnya pada 26 Februari 2010. Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif MyID berjaya direalisasikan sepenuhnya, semua agensi Kerajaan perlu melaksanakan beberapa perkara seperti dinyatakan di dalam arahan tersebut bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan warganegara sebagai individu. Bagi memastikan inisiatif MyID ini dilaksanakan dengan jayanya, MAMPU akan membuat pemantauan secara berterusan dan bersedia membantu dengan memberi khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan yang memerlukannya.