SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 1 TAHUN 2023 PELAKSANAAN PENGURUSAN PORTFOLIO APLIKASI KERAJAAN MELALUI PENGGUNAAN SISTEM REPOSITORI APLIKASI SEKTOR AWAM
Surat arahan ini bertujuan untuk menerangkan Pelaksanaan Pengurusan Portfolio Aplikasi Kerajaan melalui penggunaan Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA) sebagai rujukan kepada agensi Kerajaan.
Dokumen Bil 1 Tahun 2023 berkuatkuasa 10-07-2023
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 2 TAHUN 2O23 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PERANCANGAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM
Surat arahan ini bertujuan menerangkan Garis Panduan Penyediaan Perancangan Strategik Pendigitalan Sektor Awam sebagai rujukan agensi sektor awam bagi membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan. Kod QR yang disertakan bagi Templat Penyediaan ... Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam adalah seperti dilampirkan.
Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) MAMPU Bilangan 1 Tahun 2022 Garis Panduan Pelaksanaan Aplikasi Pemesejan Segera GovChat di Agensi Sektor Awam
SAKP ini menjelaskan mengenai pelaksanaan aplikasi pemesejan segera GovChat sebagai rujukan kepada agensi sektor awam. Aplikasi ini dapat memastikan kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia Kerajaan dilindungi.
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021 DASAR PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu dipatuhi oleh Agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaaan dengan melaksanakan perkara-perkara ... berikut:Agensi Sektor Awam hendaklah menggunakan teknologi pengkomputeran awan bagi pelaksanaan semua projek ICT di agensi masing-masing; danAgensi Sektor Awam dikehendaki memberikan keutamaan kepada penggunaan MyGovCloud@PDSA terutamanya yang melibatkan aplikasi kritikal Kerajaan.
Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 10-06-2021
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Infrastuktur ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT
Pembangunan Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Agensi Sektor Awam
Mesyuarat MyDigital Kluster Kerajaan Bilangan 3 Tahun 2021 pada 21 September 2021 memutuskan agar semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) masing-masing selewatnya-lewatnya pada ... 31 Disember 2021. Semua Agensi Sektor Awam juga perlu mengambil saranan ini dengan membangunkan PSP di peringkat agensi masing-masing. Sebelum PSP dibangunkan, setiap Kementerian dan Agensi Sektor Awam perlu terlebih dahulu membangunkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) masing-masing yang merupakan komponen terpenting dalam usaha agensi sektor awam merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat organisasi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara.
Dokumen Bil 1 Tahun 2021 berkuatkuasa 08-11-2021
Kategori : Lain-lain
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Lain-lain
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam
PKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA) dalam agensi. ... PKPA mengenai EA yang dibangunkan selaras dengan Pelan Induk MyGovEA ini menyediakan panduan dan metodologi kepada agensi dalam mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.
Dokumen Bil 1 Tahun 2020 berkuatkuasa 04-03-2020
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Pengurusan Strategik ICT
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (SME ICT)
PEkeliling ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (SME ICT)
Dokumen Bil 1 Tahun 2019 berkuatkuasa 24-04-2019
Kategori : Pekeliling Perkhidmatan
Sektor : Sektor Digital
Bidang : Perkhidmatan
Status : Masih Berkuat Kuasa
Bahagian: Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatan Kerajaan mengenai panduan yang sistematik dan menyeluruh tentang aspek pengurusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui Pengurusan Projek ICT Sektor Awam ... (PPrISA). Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan komprehensif untuk menguruskan projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) di agensi-agensi Sektor Awam. Panduan PPrISA mengandungi tatacara untuk melaksanakan projek-projek ICT dari Fasa Permulaan, ke Fasa Perancangan, seterusnya ke Fasa Pelaksanaan dan Kawalan dan akhir sekali ke Fasa Penamatan. Setiap fasa mengandungi templat-templat yang boleh digunakan sebagai dokumen rasmi dalam menguruskan projek-projek ICT.
Dokumen Bil 3 Tahun 2018 berkuatkuasa 01-03-2018
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)
Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. ... Pelaksanaan analitis data raya merupakan satu inisiatif yang boleh membantu kerajaan dalam membuat keputusan berdasarkan ketersediaan data yang komprehensif daripada dalam dan luar agensi. Pelaksanaan analitis data raya akan menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kerajaan sekali gus memenuhi keperluan kritikal agenda transformasi negara ke arah kerajaan digital. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif dan mengutamakan kepantasan bertindak bagi memenuhi kehendak rakyat.
Dokumen Bil 1 Tahun 2017 berkuatkuasa 03-01-2017
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam