• Laman Utama
  • Capaian Pantas
    Sektor Pengurusan Sektor TPP Sektor ICT
  • Akaun
    Pendaftaran Warga MAMPU Log Masuk
Repositori Dasar dan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Carian Umum Carian Arkib

Hasil Carian Terperinci : 30 rekod.


Usaha-Usaha Memantapkan Amalan Senyum Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam

Surat Arahan ini memohon kerjasama Ketua-ketua Jabatan untuk mengenal pasti serta melaksanakan strategi yang berkesan ke arah memperkemas sistem pengurusan perhubungan pelanggan khususnya dalam memantapkan amalan memberi perkhidmatan dengan senyuman.

Dokumen Bil 10 Tahun 2010 berkuatkuasa 17-12-2010
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
2010-SAKP 1712-USAHA-USAHA MEMANTAPKAN AMALAN SENYUM DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM. (Tarikh 17 Disember 2010)

Pelaksanaan Hari Inovasi Dan Usaha-Usaha Meningkatkan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam

Surat Arahan ini menerangkan bahawa selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan amalan-amalan inovatif dan Kreatif, MAMPU telah menyediakan "Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam" yang menerangkan tindakan-tindakan yang boleh ... diambil oleh Ketua-ketua Jabatan bagi menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti secara menyeluruh. Unit Inovasi di setiap agensi Kerajaan boleh menggunakan panduan ini bagi menyusun strategi dan langkah yang bersesuaian ke arah pembentukan budaya inovasi serta penghasilan inovasi yang dapat meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kepada semua segmen pelanggan dan stakeholders.

Dokumen Bil 4 Tahun 2010 berkuatkuasa 29-01-2010
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Inovasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
2010-SAKP 29Jan2010-PELAKSANAAN HARI INOVASI DAN USAHA-USAHA MENINGKATKAN BUDAYA INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM. (Tarikh 29 Januari 2010)

Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan bagi membantu jabatan/agensi Kerajaan untuk memperkemaskan Pengurusan Perhubungan Pelanggan supaya lebih responsif, cekap dan berkesan. Panduan ini mengadungi ciri-ciri kualiti perkhidmatan pelanggan dan ... aspek-aspek pengurusan perhubungan pelanggan. Pengurusan Perhubungan Pelanggan merupakan satu pendekatan menmyeluruh untuk menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara jabatan/agensi dengan pelanggan. Ketua-ketua jabatan/agensi adalah diminta untuk memastikan kejayaan pelaksanaan pekeliling ini di jabatan/agensi masing-masing.

Dokumen Bil 1 Tahun 2008 berkuatkuasa 06-08-2008
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
2008-PKPA 01- Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Lampiran

Penggabungan Pelaporan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi (PPMKB) Dan Laporan Kajian Semula Sistem & Prosedur Serta Undang-Undang & Peraturan

Ketua Setiausaha Negara dalam surat edaran bertarikh 17 Disember 2003 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian telah menjelaskan Terma Rujukan PPMKB serta tindakan yang perlu diambil bagi melaksanakan arahan-arahan YAB Perdana ... Menteri. Format pelaporan PPMKB telah ditambah baik dengan membuat pindaan seperti yang terkandung dalam surat KSN bertarikh 21 Disember 2005. Garis panduan dan format baru pelaporan yang menggabungkan laporan PPMKB dan laporan kajian semula sistem dan prosedur serta undang-undang dan peraturan adalah seperti di Lampiran. Garis panduan ini juga boleh dicapai melalui lama web MAMPU di http://www.mampu.gov.my. Penghantaran laporan adalah secara suku tahunan. Kementerian dikehendaki mengemukakan laporan suku tahunan dalam bentuk softcopy mulai suku tahun kedua tahun 2007.

Dokumen Bil 1 Tahun 2007 berkuatkuasa 30-05-2007
Kategori : Garis Panduan
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
2007-GP-Penggabungan Pelaporan Pasukan Petugas

Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama Atau Key Performance Indicators (KPI) Dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi Di Agensi Kerajaan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada Ketua Agensi mengenai strategi, pendekatan dan langkah-langkah bagi mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) dan melaksanakan pengukuran prestasi ... di agensi masing-masing. Pekeliling ini bertujuan mewujudkan satu sistem pengukuran prestasi yang lebih teratur, lengkap dan menyeluruh. Garis panduan ini, antara lain, menerangkan perkara-perkara berikut: (a) Model Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan Berasaskan Proses; (b) Langkah-langkah mewujudkan KPI dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi Kerajaan; dan (c) Strategi bagi mewujudkan KPI dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi Kerajaan. PKPA ini hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di agensi barisan hadapah khususnya agensi yang memberi perkhidmatan kaunter kepada orang ramai dan komuniti perdagangan dan perindustrian. Di samping itu, agensi-agensi selain agensi barisan hadapan juga digalakkan melaksanakan PKPA ini.

Dokumen Bil 2 Tahun 2005 berkuatkuasa 07-04-2005
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
2005-PKPA 02-Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama Atau Key Performance Indicators (KPI)

Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi satu garis panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai kaedah dan tindakan bagi melaksanakan semakan semula prosedur dan proses kerja di agensi masing-masing. Ketua-ketua Jabatan hendaklah memantau ... hasil semakan semula yang telah dijalankan dengan tujuan untuk melaksanakan secara berterusan penambahbaikan ke atas prosedur dan proses kerja yang diamalkan di agensi masing-masing.

Dokumen Bil 1 Tahun 2002 berkuatkuasa 03-06-2002
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
2002-pkpa 01-Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja di Agensi Kerajaan

Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Pekeliling ini bertujuan menyediakan panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai pelaksanaan penandaarasan dalam Perkhidmatan Awam. Penyediaan "Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam" adalah sesuai dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam ... merancang dan menggerakkan pelaksanaan penandaarasan. Panduan ini menjelaskan tentang konsep penandaarasan dan cara pelaksanaannya. Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan penandaarasan dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada inisiatif jabatan sendiri sebagai proses penambahbaikan secara berterusan.

Dokumen Bil 1 Tahun 1999 berkuatkuasa 15-07-1999
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
1999-pkpa 01-Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Penggunaan Butiran Maklumat Di Dalam Borang Permohonan Dan Kriteria Tertentu Sebagai Asas Membuat Keputusan Ke Atas Permohonan

Pekeliling ini adalah bertujuan menarik perhatian semua agensi-agensi Kerajaan supaya meneliti semula borang-borang permohonan yang digunakan sekarang ini bagi mempastikan bahawa maklumat-maklumat yang diminta di dalam borang permohonan berkenaan adalah ... relevan dan diperlukan untuk membuat keputusan ke atas permohonan. Agensi-agensi juga adalah diminta menyediakan kriteria bertulis dan senarai maklumat yang menyokong kriteria ini bagi dijadikan asas untuk melulus atau menolak sesuatu permohonan itu. Kerajaan telah memutuskan supaya setiap agensi hendaklah mempastikan bahawa proses menimbangkan sesuatu permohonan itu hendaklah merujuk kepada kriteria bertulis yang disokong dengan butiran maklumat yang relevan di dalam borang-borang permohonan. Dengan ini, agensi-agensi Kerajaan hendaklah mengambil tindakan-tindakan yang wajar, mengikut garis panduan ini.

Dokumen Bil 1 Tahun 1995 berkuatkuasa 21-03-1995
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
1995-pkpa 01-Penggunaan Butiran Maklumat Di dalam Borang Permohonan dan Kriteria Tertentu Sebagai Asas Membuat Keputusan Ke Atas Permohonan

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Pekeliling ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan kepada ketua Jabatan tentang konsep pengurusan kualiti menyeluruh dalam perkhidmatan awam. Penyediaan panduan "Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam" ini adalah satu ... lagi usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi memantapkan lagi pengurusan kualiti dalam perkhidmatan awam. Panduan ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam merancang dan menggerakkan proses peningkatan kualiti di jabatan masing-masing. Panduan ini menggariskan beberapa prinsip pengurusan yang penting yang perlu di jadikan amalan oleh Ketua-ketua Jabatan supaya gerakan kualiti di jabatan mereka terus berkembang dan berjalan secara berterusan. Di samping itu pelaksanaan prinsip ini juga akan dapat mewujudkan satu persekitaran organisasi yang cukup baik bagi penghayatan budaya cemerlang, yang sememangnya menjadi matlamat jabatan-jabatan Kerajaan. Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam ini menerangkan dua aspek utama berkaitan dengan TQM. Aspek-aspek ini ialah (a) Konsep TQM; dan (b) Prinsip-prinsip Yang Menyokong TQM.

Dokumen Bil 1 Tahun 1992 berkuatkuasa 30-07-1992
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
1992- pkpa 01-Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi melaksanakan strategi-strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing. Tujuan Panduan ini adalah untuk membantu Ketua-ketua Agensi Kerajaan merancang dan melaksanakan ... tujuh program tambahan peningkatan kualiti dalam pengurusan kualiti di agensi masing-masing. Panduan ini menggariskan 2 perkara utama iaitu: (i) Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan; dan (ii) Tujuh program tambahan bagi peningkatan kualiti.

Dokumen Bil 4 Tahun 1991 berkuatkuasa 01-04-1991
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
1991-pkpa 04-Garis Panduan mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

  • «
  • 1
  • 2
  • 3(current)

Hakcipta © MAMPU 2019
Pelawat: 424441