• Laman Utama
  • Capaian Pantas
    Sektor Pengurusan Sektor TPP Sektor ICT
  • Akaun
    Pendaftaran Warga MAMPU Log Masuk
Repositori Dasar dan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Carian Umum Carian Arkib

Hasil Carian Terperinci : 30 rekod.


Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001 : 2015 Bagi Agensi Sektor Awam

Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001 : 2015 Bagi Agensi Sektor Awam ini bertujuan sebagai rujukan kepada agensi bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO ... 9001 : 2015 pada peringkat agensi.

Dokumen Bil 1 Tahun 2018 berkuatkuasa 18-01-2018
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
PTPA Bil. 1 Tahun 2018 Panduan Pelaksanaan SPK berasaskan MS ISO 9001 2015 bagi Agensi Sektor Awam

MyMESYUARAT: EKOSISTEM PENGURUSAN MESYUARAT ERA DIGITAL

Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tata cara pengurusan mesyuarat secara digital ke arah pengendalian mesyuarat yang lebih sistematik, seragam dan efektif.

Dokumen Bil 2 Tahun 2018 berkuatkuasa 01-03-2018
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
PTPA BIL. 2 2018 MYMESYUARAT - EKOSISTEM PENGURUSAN MESYUARAT ERA DIGITAL

PKPA Bil. 4/2018: myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam

Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor ... awam.

Dokumen Bil 4 Tahun 2018 berkuatkuasa 12-07-2018
Kategori : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Organisasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
PKPA BIL.4_2018-myportfolio Panduan Kerja Sektor Awam

Surat PKPA Bil 1/2018: Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir Bagi myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada agensi Kerajaan berkaitan penetapan tempoh masa dalam menyediakan carta alir bagi myPortfolio di bawah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun ... 2018.

Dokumen Bil 1 Tahun 2018 berkuatkuasa 12-10-2018
Kategori : Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Organisasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
Surat Pekeliling Tempoh Masa myPortfolio

Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif

Pekeliling ini mengandungi panduan berkaitan penambahbaikan tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertujuan untuk menyemarakkan lagi kreativiti dan inovasi dalam sektor awam. Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan Panduan Mengenai ... Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dikeluarkan pada 1 November 2009.

Dokumen Bil 1 Tahun 2016 berkuatkuasa 30-08-2016
Kategori : Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Inovasi
Status : Masih Berkuat Kuasa
Pekeliling_Transformasi_Pentadbiran_Awam_Bil.1_2016

Keputusan Kerajaan Mengenai Klasifikasi Kaum Dalam Borang-Borang Rasmi Kerajaan

Surat Arahan ini memaklumkan bahawa Kerajaan pada 27 April 2016 telah memutuskan supaya klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi Kerajaan ditetapkan seperti berikut: (i) Melayu (ii) Cina (iii) India (iv) Dayak ... (v) Kaum: ..... (Sila nyatakan). Dalam masa yang sama, Kerajaan juga telah memutuskan supaya keputusan ini dilaksanakan secara pentadbiran oleh kementerian/jabatan/agensi Kerajaan.

Dokumen Bil 2 Tahun 2016 berkuatkuasa 27-04-2016
Kategori : Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Masih Berkuat Kuasa
2016- Keputusan Kerajaan Mengenai Klasifikasi Kaum Dalam Borang-borang Rasmi Kerajaan (1)

Penyeragaman Format Kepala Surat Bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan

Surat Pekeliling Am ini bertujuan menetapkan format dan reka bentuk kepala surat yang seragam untuk digunakan oleh Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan.Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka Surat Pekeliling Am Bilangan ... 8 Tahun 1980 adalah dibatalkan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2013 berkuatkuasa 13-02-2013
Kategori : Surat Pekeliling Am
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
2013-SPA 01-PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN JABATAN AGENSI PERSEKUTUAN

Pemansuhan PKPA Bilangan 2 Tahun 2002: Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam

Surat Arahan ini memaklumkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKKMPGSA) pada 7 Ogos 2012 telah bersetuju supaya penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dilaksanakan mulai 1 Januari 2013. ... Selaras dengan keputusan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012: "Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Selaras dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012, maka Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002: " Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam" adalah dimansuhkan.

Dokumen Bil 1 Tahun 2013 berkuatkuasa 15-01-2013
Kategori : Surat Makluman
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Kualiti
Status : Lain-lain
2013-SA KP-Pemansuhan PKPA 2 Tahun 2002 Garis Panduan Pemberian APC Anggota Perkhidmatan Awam

Pemansuhan PKPA Bilangan 5 Tahun 1991, PKPA Bilangan 2 Tahun 1992, PKPA Bilangan 2 Tahun 2002 dan SPKPA Bilangan 1 Tahun 2002

Surat Arahan ini memaklumkan MAMPU telah menjalankan semakan keatas pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9 Mac 2011 dan Mesyuarat ... Jawatankuasa Pemandu Kajian Semula Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan pada 3 Jun 2011. Semakan ini dilaksanakan bagi memastikan semua pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU adalah relevan dengan kehendak dan keperluan semasa. Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) pada 21 Februari 2012 telah mempertimbangkan dan bersetuju supaya pekeliling-pekeliling berikut dimansuhkan: (i) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1992: "Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan"; (ii) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 5 Tahun 1991: "Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)"; (iii) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002: "Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam"; dan (iv) Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2002: "Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Pengaduan Awam".

Dokumen Bil 1 Tahun 2012 berkuatkuasa 30-03-2012
Kategori : Surat Makluman
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Lain-lain
2012-SAKP-Pemansuhan PKPA Bil. 2 Tahun 1992, PKPA Bil. 5 Tahun 1991, PKPA Bil. 2 Tahun 2002 dan SPKPA

Pemansuhan Keperluan Mengemukakan Laporan Polis Yang Tidak Merupakan Suatu Kehendak Undang-undang Dalam Berurusan Dengan Agensi Kerajaan

Pekeliling Am ini bertujuan untuk memaklumkan agensi-agensi Kerajaan mengenai keputusan Kerajaan memansuhkan keperluan orang awam untuk mengemukakan laporan polis bagi urusan-urusan Kerajaan yang laporan polis tersebut tidak merupakan suatu kehendak ... undang-undang, serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil untuk melaksanakan keputusan tersebut.

Dokumen Bil 3 Tahun 2011 berkuatkuasa 29-09-2011
Kategori : Pekeliling Am
Sektor : Sektor TPP
Bidang : Pengurusan Pentadbiran
Status : Masih Berkuat Kuasa
2011-PA 03-Pemansuhan Keperluan Mengemukakan Laporan Polis

  • «
  • 1
  • 2(current)
  • 3
  • »

Hakcipta © MAMPU 2019
Pelawat: 424448