Memaklumkan keputusan Mesyuarat JITIK bertarikh 6 Ogos 2009 mengenai penggunaan media jaringan sosial di Sektor Awam. Penggunaan medial sosial di Sektor Awam tidak disekat penggunaannya tetakluk dengan kawalan dan perhatian ... kepada perkara-perkara berikut: (1) Pematuhan kepada PKPA Bil. 1 Tahun 2003 “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet & Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan” ; (2) Sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dan disebar melalui media sosial tidak menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara; dan (3) Tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.
Penggunaan Smartphone, Personel Digital Assistant Dan Alat Komunikasi Mudah Alih Sebagai Saluran Komunikasi Tambahan
Surat Arahan ini memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) pada 6 Ogos 2009 telah memutuskan supaya capaian e-mel melalui penggunaan smartphone, PDA dan alat-alat komunikasi mudah alih tidak ... disekat dengan syarat-syarat berikut: (a) Mematuhi peraturan-peraturan sedia ada; dan (b) E-mel yang dihantar dan diterima tidak melibatkan dokumen terperingkat. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat Kerajaan dikendalikan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang perbuatan mendedahkan maklumat Kerajaan adalah bertentangan dengan Arahan Keselamatan dan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 iaitu Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya agar peraturan ini dipatuhi dan dipantau sepenuhnya dengan berkesan.
Panduan Penyediaan Dan Penyiaran Berita Online Di Laman Web Agensi-Agensi Kerajaan
Tujuan panduan ini adalah untuk menerangkan kaedah menyedia, menulis dan menyiarkan berita online serta kaedah untuk menyebarkan berita online dengan menggunakan teknologi really simple syndicate (RSS) menerusi laman web agensi-agensi ... Kerajaan.
Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk menjadi rujukan dan panduan kepada agensi dalam membangunkan kandungan Sektor Awam. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mentafsirkan Kandungan sebagai apa-apa bunyi, teks, gambar ... pegun, gambar bergerak atau persembahan audio visual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mampu direka, dimanipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik. Garis Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2006 : Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam.
Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam
Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan konsep pelaksanaan blog rasmi bagi agensi-agensi Sektor Awam dan menyediakan panduan pengurusan blog agensi-agensi Sektor Awam.
Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan sistem perkhidmatan pesanan menerusi SMS di agensi-agensi kerajaan. Melalui penerangan yang menyeluruh ... dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan SMS dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Agensi kerajaan adalah dikehendaki menggunakan perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan untuk menyalurkan perkhidmatan menerusi SMS kepada pelanggan. Bagi agensi yang telah menyedia atau melaksana perkhidmatan SMS melalui penyedia perkhidmatan lain, agensi-agensi berkenaan masih boleh melaksanakan perkhidmatan SMS menerusi penyedia perkhidmatan lain tetapi pada masa yang sama agensi perlu juga memastikan perkhidmatan tersebut dapat diakses menerusi mySMS 15888.
Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi-Agensi Kerajaan
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai tatacara dan mekanisme menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan menerusi penggunaan kios di agensi-agensi Kerajaan. Panduan ini mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri sebuah kios dan langkah-langkah ... dalam mewujudkan perkhidmatan menerusi kios. Melalui penerangan yang menyeluruh dalam panduan ini, agensi-agensi diharap dapat meningkatkan penggunaan dan keberkesanan penggunaan kios dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. Pemakaian pekeliling ini adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan
Memaklumkan kepada ketua jabatan dan pegawai di semua peringkat agensi Kerajaan mengenai enam langkah penggunaan mel elektronik di agensi-agensi kerajaan.
Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan
Langkah-Iangkah pemantapan yang digariskan ini merupakan usaha bagi mengukuhkan lagi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2003 bertajuk "Garis Panduan Mengenai Tatacara Pelaksanaan Internet dan Mel Elektronik di ... Agensi-agensi Kerajaan". Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai di semua peringkat dalam agensi Kerajaan hendaklah mematuhi dan melaksanakan 14 perkara yang digariskan di dalam surat arahan ini bagi mengukuhkan lagi PKPA Bil.1 Tahun 2003.
Arahan Teknologi Maklumat (Information Technology [IT]) dalam konteks ini adalah sebagai garis panduan bertujuan memenuhi keperluan minimum bagi menyokong Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Electronic Government Activities Act [EGAA]) 2007 dalam ... memudah cara transaksi elektronik. EGAA 2007 menyediakan rangka kerja undang-undang untuk pelaksanaan perkhidmatan Kerajaan elektronik yang efisien dan selamat. Tujuan Akta ini adalah untuk membolehkan dan memudah cara keseragaman urusan secara elektronik antara Kerajaan Persekutuan dengan orang awam. Akta ini terpakai apabila Agensi bersedia untuk menguruskan urusan elektronik dan tidak memberi sebarang tambahan hak undang-undang atau menukar sesuatu undang-undang secara substantif.